Sabtu, 11 Februari 2012

Kursus Kejurulatihan Kayak Sprint Peringkat Kebangsaan Tahap 1 & 2

    Berita gembira untuk semua penggiat kayak di Malaysia. Pihak Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Kayak Sprint Peringkat Kebangsaan Tahap 1 & 2 yang akan dikendalikan oleh jurulatih terkenal dari Hungary iaitu Tibor Virag. Beliau merupakan jurulatih tetap di bawah persijilan International Canoe Federation (ICF) dan beliau juga merupakan bekas jurulatih skuad kanu negara pada 11th Asian Canoe Championship Putrajaya 2005.

Sewaktu admin sedang mengemaskini catatan ini, satu lagi khabar gembira yang diterima dari tuan presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA). Sila lihat lampiran dibawah:

Sumber : Facebook Persatuan Kanu Negeri Terengganu
Butiran kursus adalah seperti berikut:
  • Tarikh    : 09 - 18 Mac 2012 (10 hari)
  • Tempat  : Rumah Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Lagun Kuala Ibai.
  • Kos       : RM 400.00 (termasuk penginapan, makan & minum, beg, baju dan sijil)

Kepada persatuan-persatuan negeri yang berminat, sila hubungi pihak Persatuan Kanu Negeri Terengganu (PKNT) selaku urusetia dan tuan rumah kursus ini bagi mendapatkan borang penyertaan. Tuan/puan boleh menghubungi kami seperti berikut:

En. Dzulkafli Abas (Majoe)
Tel: 013-9271057
Emel: dzulmajoe@yahoo.com

En. Muhammad Azizi Aziz (Mock)
Tel: 019-9853354
Emel: zizikayaktrg@yahoo.com

Sila kembalikan borang permohonan sebelum 02 Mac 2012. Sebarang surat menyurat atau hubungan lain selepas tarikh ini tidak akan dilayan.

*P/s: Pihak tuan/puan dibenarkan mencalonkan 3 orang jurulatih peringkat negeri sahaja bagi menyertai kursus yang julung-julung kali diadakan ini.

Carta Organisasi 2011-2012

Carta Organisasi Persatuan Kanu Negeri Terengganu
Sesi 2011 - 2012

Takwin 2012

    Sedar tak sedar kita sudah melalui 42 hari di tahun 2012. Banyak lagi program dan kejohanan yang tidak dapat dijalankan pada 2011 dibawa ke tahun ini. Setelah hampir sebulan menunggu takwin dari Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), akhirnya Persatuan Kanu Negeri Terengganu (PKNT) menerima takwin 2012 melalui emel yang dihantar kepada admin.


Dengan terbitnya takwin ini adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam kegiatan kanu, kayak mahupun bot tradisional di Malaysia khasnya dapat membuat persediaan awal untuk atlit-atlit dan mencalonkan pegawai-pegawai yang dirasakan layak oleh persatuan masing-masing untuk menyertai program yang akan dijalankan oleh Persatuan Kanu Malaysia(MASCA). Akhir kata dari admin untuk kali ini, semoga program pada tahun 2012 ini akan memartabatkan lagi sukan kita dan cemerlang menuju ''SEA Games 2013'', Selamat maju jaya.

Rabu, 25 Januari 2012

Program Persatuan

Program utama persatuan adalah mencari serta melatih anak-anak Terengganu yang berbakat dalam sukan kayak untuk diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan. selepas sesi pemilihan dan latihan yang berterusan, pihak persatuan akan menghantar atlit-atlit yang terpilih untuk mewakili negeri Terengganu bertanding di kejohanan-kejohanan seperti :
  • Kejohanan Kanu Kebangsaan (sirkit)
  • Karnival Kanu Putrajaya
  • Kejohanan dan Regatta anjuran IPTA/IPTS, Badan kerajaan/bukan kerajan, pertubuhan
  • Sukan Malaysia ( SUKMA )
Setelah atlit berjaya mengharumkan nama negeri dan terpilih mewakili negara ke kejohanan antarabangsa, pihak persatuan akan terus memberi bantuan dari segala aspek walaupun atlit akan dipantau sepenuhnya oleh Persatuan Kanu Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pendaftaran Persatuan


    Mula ditubuhkan pada 23 Jun 1993 dibawah akta pertubuhan 1996 dengan no. tauliah pendaftaran pertubuhan 958/93. Selepas itu, akta tersebut dipindahkan ke akta pembangunan sukan 1997 dengan no. tauliah pendaftaran 1058/2002.